KUCHING: Seramai 16 orang daripada empat keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka di Kampung Tanjung Bako dekat sini musnah dalam kebakaran awal agi tadi.
Mangsa terdiri daripada lima lelaki dewasa, empat perempuan dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.38 pagi dan segera menggerakkan anggota dan aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samarahan dan pasukan BBP Tabuan Jaya ke lokasi.
Katanya, komander operasi melapor pasukan bertugas mengalami kesukaran untuk masuk ke lokasi kebakaran disebabkan jalan yang sempit di kawasan kampung berkenaan.
“Api sedang marak ketika jentera pertama tiba dan pasukan bomba membuat pemadaman dengan teknik ‘Offensive Firefighting’ dan ‘Fire Break’ untuk mengawal kebakaran merebak ke kawasan rumah berhampiran,” katanya.
Beliau berkata, kebakaran yang melibatkan sebuah rumah jenis struktur tidak kekal, berukuran anggaran 40 x 40 kaki persegi musnah 100 peratus.
Katanya, pasukan bomba berjaya madam api kebakaran sepenuhnya kira-kira tiga jam sejam kemudian.
“Tada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan, manakala punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Negeri Sarawak,” tambahnya. -UTUSAN ONLINE