Kalau boleh langgar SOP kenapa tak benarkan ceramah? - Guan Eng - Utusan Malaysia

Kalau boleh langgar SOP kenapa tak benarkan ceramah? – Guan Eng

LIM Guan Eng ketika berucap pada pelancaran jentera PH + Muda di Pulai Spring Resort, Johor Bahru. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan perlu melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selepas kejadian seorang menteri dan pimpinan Barisan Nasional (BN) melanggar arahan itu dalam satu program politik di sini, semalam.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan mereka yang sewenang-wenangnya melanggar SOP menimbulkan persoalan sama ada kerajaan serius atau tidak melawan pandemik Covid-19.

Katanya, mereka juga tertanya-tanya adakah keadaan Covid-19 ketika ini sebenarnya tidak terlampau serius sehingga mendorong menteri yang turut terlibat dalam membuat keputusan berkaitan wabak itu dengan mudah melanggar SOP.

“Hari ini semua yang hadir (program) ikut SOP Covid-19, kita lihat ada penjarakan seperti mana ditetapkan. Tetapi ada pihak yang tak ikut, mereka boleh buat (langgar) sewenang-wenangnya dan hanya kena denda RM1,000.

“Mereka ini anda bagi (kompaun) RM1,000, RM10,000 atau RM100,000 denda sekali pun tidak akan memberi kesan sama sekali dan yang paling penting yang langgar SOP itu adalah orang yang buat SOP.

“Kita nak tahu mereka cakap benar atau tidak, seriuskah (Covid-19) kerana kalau boleh langgar sesuka hati mengapa tak boleh ceramah dalam PRN, mesti adil kepada semua dan jangan ambil kesempatan guna Covid-19 untuk halang pembangkang bersemuka dengan rakyat,” katanya.

Guan Eng yang merujuk kepada pelanggaran SOP oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan beberapa pemimpin utama BN lain berkata demikian ketika berucap pada pelancaran jentera Pakatan Harapan (PH) + Muda di sini, hari ini.

Tambah beliau, pelanggaran SOP bukan perkara biasa kerana sekiranya Covid-19 terlalu serius, maka kerajaan perlu menangguhkan PRN Johor buat masa ini bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

“SOP serius apabila Covid-19 serius (tetapi) SOP tidak (diambil) serius bermakna Covid-19 (juga) tidak serius. Harap longgarkan (SOP PRN) kerana kalau benar-benar serius lebih baik tangguhkan dahulu PRN Johor, jangan main-main dalam perkara ini,” katanya.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengarahkan kompaun dikeluarkan kepada Ahli Parlimen Sembrong itu dan Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad serta Pengerusi MIC, Tan Sri S. Vigneswaran di bawah Akta 342 kerana melanggar SOP dalam program anjuran MIC.

Berikutan itu, Hishammuddin akur sekiranya beliau dan rakan-rakan pimpinan dikenakan kompaun kerana telah melanggar SOP berkaitan pengawalan Covid-19 serta mengalu-alukan tindakan diambil terhadap mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya