PETALING JAYA: Negara merekodkan kadar kebolehjangkitan kes (Rt) Covid-19 mencatatkan 1.51 pada jangkaan mengikut kes harian jangkitan wabak Covid-19 semalam.
Data itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Twitternya hari ini.
Selain itu, Labuan merekodkan kadar tertinggi dengan 2.31 diikuti Sarawak dengan 1.81, Sabah dengan 1.65 dan Perlis dengan 1.51.
Kadar Rt bagi negeri lain pula, Pulau Pinang (1.45), Putrajaya (1.43), Kelantan (1.41), Terengganu (1.39), Johor (1.38), Negeri Sembilan dan Kedah masing-masing dengan 1.37.
Pahang pula merekodkan kadar Rt dengan 1.34, Melaka (1.30), Selangor (1.29), Perak (1.26), dan Kuala Lumpur (1.24). – UTUSAN