JDT perkenal jersi baharu, kekal identiti warna bendera Johor - Utusan Malaysia

JDT perkenal jersi baharu, kekal identiti warna bendera Johor

JERSI 'home' pasukan JDT bagi musim 2022.-IHSAN JOHOR Southern Tigers
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan jersi Nike baharu bagi musim ini dalam majlis pelancaran yang turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 3,000 penyokong di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Mengambil inspirasi daripada warna bendera Johor, kit JDT ‘Home’ terus kekal dengan identiti mereka berwarna merah biru manakala kersi ‘Away’ pula berwarna putih dan merah jambu.

Ini adalah musim kelapan JDT mengenakan kit tajaan Nike buat musim kelapan sejak 2014.

Nike dalam satu kenyataan berkata, JDT akan
menggunakan jersi terbaharu yang direka khas dengan teknologi tinggi yang menampilkan teknologi ‘Nike Dri-Fit’.

Katanya, pada tahun ini, Nike melancarkan bukan sahaja jersi lelaki malah turut melancarkan jersi wanita dan kanak-kanak sekaligus menyatukan keluarga terhadap sukan kegemaran ini.

“Masa depan bola sepak dipenuhi bakat-bakat tempatan yang membawa kemahiran bola sepak dan semangat terhadap permainan.

“Masa depan bola sepak juga inklusif, yang merangkumi semua pemain dari pelbagai umur dan latar belakang. Nike komited untuk melabur dalam masa depan bola sepak dan memberi takrifan semula sukan ini buat generasi baharu,” katanya.

JERSI ‘away’ Johor Darul Ta’zim (JDT) berwarna pink dilihat mampu menarik minat pembeli golongan wanita. -IHSAN JOHOR Southern Tigers

Pengenalan jersi baharu tersebut dilancarkan menerusi sebuah video berdurasi 4 minit 30 saat dengan menyaksikan penampilan beberapa pemain JDT.

Video tersebut dibuat dengan plot cerita berkonsepkan budaya buli dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang semakin berleluasa pada masa kini. JDT sekeras-kerasnya menentang segala aspek berkaitan budaya buli.

Harga bagi kedua-dua jersi ini boleh didapatkan pada harga RM299 sehelai manakala jersi khas untuk saiz wanita berjumlah RM299 dan juga saiz kanak-kanak berharga RM235.

Menurut Nike, harga jersi musim ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini kerana jersi yang dijual kepada penyokong kali ini adalah hampir sama dengan jersi pemain.

Para penyokong boleh mendapatkan jersi tersebut di JDT Online Store serta pengedar-pengedar berdaftar Southern Tigers Sdn.Bhd. (STSB) di semua daerah di negeri ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya