JDT miliki peluang cerah

JDT miliki peluang cerah

PELUANG JDT cipta sejarah tersendiri di Liga Juara-Juara Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki peluang cerah untuk melepasi saingan peringkat kumpulan apabila akan menjadi tuan rumah kepada saingan Kumpulan I dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang bakal berlangsung dari 15 April hingga 1 Mei depan.

Perkara itu disahkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membabitkan beberapa negara yang menjadi tuan rumah bagi perlawanan peringkat kumpulan ACL (Timur) membabitkan kumpulan F,G,H, I dan J.

Bagi perlawanan membabitkan kumpulan F, G dan J, ia akan berlangsung di Thailand manakala Kumpulan H mengambil tempat di Vietnam dan Kumpulan I akan diadakan di Malaysia.

JDT akan menjadi tuan rumah bagi aksi peringkat Kumpulan I yang terdiri daripada juara Liga Jepun, Kawasaki Frontale; juara ACL dua kali, Guangzhou FC, JDT serta pemenang perlawanan playoff antara bekas juara Ulsan Hyundai dan Port FC Thailand.

“Selamat datang ke Johor Bahru,” hantaran terkini di Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers susulan pengumuman yang dibuat itu.

Aksi peringkat Kumpulan F yang dijadualkan berlangsung di Buriram, Thailand membabitkan juara dua kali dari Jepun, Urawa Red Diamonds, Shandong Taishan FC (China), Lion City Sailors (Singapura) dan pemenang perlawanan playoff antara kelab Korea Selatan, Korea Daegu FC dan Buriram United.

Kumpulan G

Sementara itu, Kumpulan G akan diadakan di Bangkok di mana Melbourne City dari Australia akan membuat penampilan pertama dalam kempen ACL bersama BG Pathum United (Thailand), Jeonbuk Dragons (Korea Selatan) dan United City FC (Filipina).

Perlawanan Kumpulan H akan diadakan di Ho Chi Minh, Vietnam, dengan pemenang dua kali, Jeonbuk Hyundai Motors dari Republik Korea akan menentang Yokohama F Marinos (Jepun), Hoang Anh Gia Lai (Vietnam) dan pemenang playoff antara Changchun Yatai (China) menentang pemenang pertandingan peringkat awal membabitkan Kaya-Iloilo FC (Filipina) dan Sydney FC (Australia).

Saingan Kumpulan J yang turut mengambil tempat di Thailand melibatkan kelab China, Shanghai Port, Chiangrai United (Thailand), Kitchee SC (Hong Kong) dan pemenang antara Vissel Kobe (Jepun) atau Melbourne Victory (Australia).

Saingan ACL bagi Zon Barat juga dijangkakan menggunakan konsep yang sama iaitu negara tuan rumah berpusat yang akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Kesemua aksi perlawanan bagi Zon Timur membabitkan kumpulan F, G, H, I dan J yang akan berlangsung dari 15 April hingga 1 Mei depan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya