Jawatan naib canselor masih kosong di empat IPTA - Utusan Malaysia

Jawatan naib canselor masih kosong di empat IPTA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Jawatan naib canselor di empat buah institusi pengajian tinggi tempatan (IPT) masih tidak diisi hingga kini dan fungsi tersebut masih dipangku oleh pegawai yang dilantik menjalankan tugas-tugas teraju utama universiti itu.

Kekosongan jawatan tersebut berlaku di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), Universiti Sultan Sultan Zainal Abidin (Unisza) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Prof. Dr. Fadzli Adam sedang menjalankan fungsi naib canselor di Unisza manakala di UMK, Prof. Nik Maheran Nik Muhamad dilantik memangku jawatan tersebut.  Di UMP pula Prof. Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin menjalankan fungsi naib canselor.

????. ??. ???? ?????? ???????? pula baharu sahaja dilantik ke jawatan tersebut di UUM pada ?? ??????? lalu .

Presiden Kesatuan Kakitangan Sokongan Universiti Malaysia Pahang (Kesump), Abd Latip Dris berkata,  beliau diberitahu senarai calon akhir dari luar dan dalam universiti berkenaan sedang dinilai dan belum dimuktamadkan bagi mengisi jawatan tersebut.

ABD LATIF DARUS

 

“Bagi saya, agak susah bagi sebuah universiti untuk bergerak sekiranya pengurusan tertinggi belum diisi. Apatah lagi UMP merupakan penggerak Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Maka satu kerugian jika naib canselor yang sebelum ini sudah laksanakan 50 peratus perubahan kepada TVET tetapi sekarang seperti tiada kesinambungan, ” ujarnya kepada Utusan Online 

Justeru, kata beliau kesatuan mengharapkan pengganti naib canselor haruslah daripada pegawai yang memahami struktur operasi TVET yang\ di minta oleh Kementerian Pengajian Tinggi. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya