Jangkitan Covid-19 bakal cecah 15,000 kes - KJ - Utusan Malaysia

Jangkitan Covid-19 bakal cecah 15,000 kes – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjangkakan jangkitan pandemik Covid-19 bakal mencecah sehingga 15,000 kes tidak lama lagi. 

Katanya, ini berikutan negara kini sudah berdepan sepenuhnya gelombang Omicron. 

Fully into Omicron wave. Kes akan mencecah 15,000 tidak lama lagi. 

“Masih ada satu juta warga emas yang tiada dos penggalak. Tolong maklum kepada orang-orang tua kesayangan anda untuk mendapatkan dos penggalak dengan segera,” katanya dalam satu hantaran di Twitter, hari ini. 

KHAIRY JAMALUDDIN

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai hantaran Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang berkongsikan model SEIR (Susceptible-Exposed-Infectious-Removed) kes harian Covid-19 yang dicatatkan seharian dan unjuran kes dari 31 Ogos hingga 31 Mac ini.

“Jika kadar kebolehjangkitan (Rt) adalah 1.2 kes harian diunjurkan mengikut kawasan warna  beige. Namun dengan liputan vaksin yang luas dan dos penggalak dapat mengurangkan keparahan kes,” tulis Noor Hisham.

Terdahulu, media melaporkan, sebanyak 10,089 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,914,220 kes. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya