Jangan lupa ujian kendiri - KJ - Utusan Malaysia

Jangan lupa ujian kendiri – KJ

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan mereka yang menyambut perayaan Tahun Baharu Cina untuk melaksanakan ujian kendiri terutamanya melakukan aktiviti ziarah menziarahi.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sebagai satu tanggungjawab bersama.

“Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2022. Jangan lupa lakukan kit ujian pantas (RTK) antigen kendiri sebelum bermesra dengan sahabat dan saudara-mara.

“TRIIS (ujian saringan, melaporkan hasil ujian saringan, menjalani kuarantin, memaklumkan pada kontak rapat jika positif dan mendapatkan rawatan segera) tanggungjawab kita bersama.

“Semoga tahun harimau membawa kejayaan, kesejahteraan dan kebahagian untuk semua,” katanya dalam satu hantaran di Twitter, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya