Jangan letak harapan terlalu tinggi kepada Pan Gon

Jangan letak harapan terlalu tinggi kepada Pan Gon

SAFEE Sali (kanan) mengalas tugas sebagai kapten pasukan pada perlawanan persahabatan bola sepak amal antara Kelab Sukan Veteran Boss Gaurus dan selebriti bagi mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada dua buah badan kebajikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Bekas penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali mengingatkan peminat-peminat bola sepak negara jangan mengharapkan perubahan 360 dalam pasukan kebangsaan dengan kehadiran jurulatih baharu, Kim Pan Gon.

Jelasnya, jurulatih dari Korea Selatan itu perlu diberikan tempoh masa untuk untuk memperbaiki ‘kerosakan’ dalam pasukan Harimau Malaya.

Safee bagaimanapun, berharap Pan Gon tidak mengambil masa terlalu lama untuk menyesuaikan diri dengan senario bola sepak tempatan.

“Secara realitinya ramai meletakkan harapan yang tinggi kepada jurulatih baharu (Pan Gon) dan perkara itu akan memberi tekanan kepada barisan kejurulatihan.

“Untuk mendapat keputusan drastik dengan perlantikkan beliau adalah mustahil untuk satu atau dua bulan. Corak permainan berubah juga tidak akan berlaku dalam masa singkat ini tetapi ia akan ada dan memerlukan masa.

“Kita kena sabar. Apa yang paling penting, dia perlu cepat memahami budaya dan suasana bola sepak kita.

“Jangan letak harapan terlalu tinggi. Saya hanya ingin melihat dia cepat menyesuaikan diri dan dapat membentuk pasukan Harimau Malaya yang lebih kuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam perlawanan persahabatan bola sepak amal antara Kelab Sukan Veteran Boss Gaurus dan selebriti bagi mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada dua buah badan kebajikan di sini, semalam.

Sumbangan juga boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari https://iam.org.my/?p=8358 iaitu laman web rasmi Islamic Aid Malaysia (IAM).

Dalam pada itu, Pengarah urusan Azyma Group Sdn.Bhd., Ahmad Zaiem Ismail berkata beliau memaklumkan ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilakukan oleh syarikatnya.

“Kita akan mengadakan lebih banyak lagi program seperti ini bagi membantu golongan tidak berkemampuan dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia.

“Pembeli-pembeli produk Azyma bukan sahaja membeli produk untuk kegunaan sendiri tetapi dalam masa sama turut dapat menyumbang dan bersedekah,” katanya yang juga merupakan penaja utama perlawanan tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya