Hilang fokus punca kekalahan - Aaron - Utusan Malaysia

Hilang fokus punca kekalahan – Aaron

Aaron Chia melakukan smash ketika menentang pasangan ke-857 dunia, Ayato Endo-Yuta Takei dari Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Asia dekat sini, sebentar tadi.- UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui hilang fokus menjadi punca kepada kekalahan mengejut mereka ditangan pasangan ke-857 dunia, Ayato Endo-Yuta Takei dari Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Asia dekat sini, sebentar tadi.

Pasangan negara yang menghuni ranking No. 7 dunia itu tumpas straight set 21-23, 16-21 kepada pasangan muda Jepun tersebut.

Aaron ketika ditemui pemberita selepas perlawanan menolak dakwaan bahawa dia dan Wooi Yik memandang rendah kepada kekuatan lawannya itu.

“Kita tak ada pandang rendah lawan, walaupun Jepun hantar pasukan utama sekalipun, kita tahu mereka memang kuat.

“Pasukan A ke pasukan B ke, mereka memang kuat, kita kena sentiasa bersedia bila jumpa mereka,” katanya.

Menurut pemain berusia 25 tahun itu, lawan yang mempamerkan prestasi lebih baik menyebabkan dia dan Wooi Yik tertekan.

“Sekarang kita sudah kalah, apa yang kita boleh buat lupakan sahaja perlawanan ini dan beri fokus kepada separuh akhir,” ujarnya.

Sementara itu, Wooi Yik pula mengakui disebabkan terlalu cepat hendak habiskan mata ketika sedang mendahului 20-14, mereka mula gopoh sehingga memberi mata kepada lawan dan tewas dalam set pertama.

Katanya lagi, kekalahan tersebut harus dijadikan satu pengajaran agar sentiasa fokus tidak kira ketika sedang mendahului atau ketinggalan.

“Apabila kita sudah mendahului jauh, tetapi lawan berjaya kejar kita, sebab itu kita kena terus fokus, ini yang kita kena belajar agar sentiasa fokus dalam perlawanan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya