Hasrat Muhammad Haziq naik jentera bomba tercapai - Utusan Malaysia

Hasrat Muhammad Haziq naik jentera bomba tercapai

MUHAMMAD Haziq Mohd. Asyraf gembira apabila berpeluang menaiki salah satu jentera bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Sungai Petani, Kedah, hari ini. - UTUSAN/ ABD. RAZAK OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Impian Muhammad Haziq Mohd. Asyraf, 12, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Selambau di sini, yang mahu menaiki jentera bomba akhirnya terlaksana hari ini.

Muhammad Haziq menjadi popular apabila video memaparkan dia melaporkan penemuan seekor ular sawa batik di dalam longkang di pasar awam Bukit Selambau pada 24 Januari lalu secara langsung di Facebook (FB) menjadi tular.

Dia berpeluang menaiki kenderaan tersebut di Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya di sini.

Katanya, dia seronok  kerana impiannya selama ini untuk menaiki jentera bomba warna merah tersebut tercapai.

Hari ini, saya sangat gembira. Sebelum ini saya hanya tengok video anggota bomba menjalankan tugas masing-masing. Ia menjadi satu kenangan yang amat menarik dan sukar dilupakan apabila duduk di atas pelbagai jentera bomba kerana cita-cita awal saya adalah ingin menjadi ahli bomba,” katanya ketika ditemui selepas Program Merealisasikan Hajat Adik Haziq ingin menaiki jentera bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Sungai Petani, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, program itu diadakan bagi memenuhi impian kanak-kanak berkenaan yang mahu menaiki jentera milik pasukan bomba serta melakukan aktiviti melibatkan kebombaan.

Beliau memberitahu, Muhammad Haziq sentiasa meminta bapanya untuk berhenti sebentar di balai bomba berkenaan setiap kali berulang alik melalui kawasan itu dari Bukit Selambau ke pekan Sungai Petani.

“Kami adakan program ini bagi memberi kesempatan Haziq, merasai dan menjiwai kerjaya sebagai seorang pegawai bomba, dia (diberi peluang) naik jentera bomba, kemudian bersama dengan kru bomba turun daripada jentera dan membuat (proses) pemadaman.

“(Program ini) memberikan dia satu pengalaman bagaimana kerjaya sebagai ahli bomba yang buat kerja pemadaman dan adik haziq tengok gerak kerja (selain tahu mengenai) peralatan yang ada dalam EMRS itu,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya