Hanya 77 daripada 10,089 kes positif Covid-19 kategori tiga ke atas - Utusan Malaysia

Hanya 77 daripada 10,089 kes positif Covid-19 kategori tiga ke atas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini sebanyak 361 kluster berbanding semalam, 353 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kluster baharu Covid-19 pula merekodkan sedikit peningkatan kepada 11 kluster berbanding semalam, 10 kluster.

“Ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,499 kluster. Jumlah kluster tamat sebanyak 6,138 kluster berbanding semalam, 6,135 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sebanyak 10,089 kes positif terus menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 9,117 kes sekali gus mengatasi 6,460 kes sembuh.

Jumlah kes positif baharu itu kembali mencecah lima angka selepas kali terakhir pada 2 Oktober tahun lalu.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan peningkatan iaitu 71 kes berbanding semalam, 67 kes. Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) turut merekodkan peningkatan, 137 kes berbanding semalam, 123 kes,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 77 kes bersamaan 0.8 peratus daripada 10,089 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya, sebanyak 10,012 kes bersamaan 99.2 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan sebanyak 14 kes berbanding semalam, 11 kes. Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,025 kes. Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak sembilan daripada 14 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,462 kes. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya