Hanya 11 kes kategori lima - Utusan Malaysia

Hanya 11 kes kategori lima

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Hanya 11 kes atau 0.4 peratus daripada 11,034 kes harian Covid-19 yang dilaporkan hari ini merupakan kategori lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori tiga merekodkan 43 kes atau 0.39 peratus manakala 11 kes atau 0.10 peratus adalah kategori empat.

Katanya, kategori satu dan dua masing-masing adalah 2,819 kes atau 25.55 peratus dan 8,157 kes (73.92 peratus)

“Daripada 11,034 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 58 kes atau 0.53 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima dan 10,976 kes (99.47 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Terdahulu kes Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan iaitu 11,034 kes berbanding semalam 10,089.

Menurut Dr. Noor Hisham, perkembangan itu menyaksikan  jumlah kumulatif sebanyak 2,925,254 kes. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya