Guru Tabika Kemas perlu mahir IT bagi hadapi cabaran Covid-19

Guru Tabika Kemas perlu mahir IT bagi hadapi cabaran Covid-19

JAHAYA Ibrahim (tiga dari kiri) menyerahkan sijil kepada seorang pengerusi Tabika Kemas pada Hari Apresiasi Tabika Kemas Zon Ijok (B), Batu 7, Ijok, Selangor, hari ini. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Guru Tabika Kemas perlu mahir dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat diteruskan walaupun berlaku penutupan sekolah semasa pandemik pada masa depan.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim, jika Tabika Kemas ditutup dan kelas tidak boleh dijalankan secara bersemuka maka langkah terbaik adalah mengadakan kelas Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah (PdPR).

“Pengalaman kita menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun bagi mengekang pandemik Covid-19 sepatutnya dijadikan pengalaman berharga.

“Sewajarnya guru Tabika Kemas dilengkapi dengan ilmu IT bagi memastikan agenda pendidikan awal dapat dimantapkan sebelum anak-anak ini memasuki sekolah rendah,” katanya selepas merasmikan Hari Apresiasi Tabika Kemas Zon Ijok (B) di Batu 7 Ijok hari ini.

November lalu, Utusan Malaysia melaporkan Tabika Kemas menerima Anugerah Trusted Brand of The Year 2020 bagi kategori Pusat Pembelajaran Prasekolah Pilihan Pengguna di Malaysia oleh Reader’s Digest.

Pengiktirafan ini berdasarkan undian atas talian yang dijalankan oleh pihak Reader’s Digest kepada hampir 8,000 orang responden mengenai pandangan mereka terhadap sistem pendidikan prasekolah di Malaysia.

Mengulas lanjut Jahaya berkata, sebagai institusi pendidikan yang diiktiraf media antarabangsa, guru Tabika Kemas perlu sentiasa di hadapan dalam menyediakan pendidikan terbaik untuk anak-anak kecil yang bakal memimpin negara pada satu hari nanti.

“Zaman Covid-19 ini banyak bidang terkesan termasuk pendidikan. Bidang ini tidak boleh bercuti terlalu lama nanti anak-anak ini hilang rentak dan minat untuk belajar.

“Tidak mengira sekolah, universiti mahupun Tabika Kemas sesi, P&P perlu diteruskan kerana pendidikan tidak boleh dikompromi demi masa depan generasi muda dan negara kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya