Guru KAFA wanita diberi cuti bersalin berelaun 60 hari

Guru KAFA wanita diberi cuti bersalin berelaun 60 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) wanita yang melahirkan anak diberikan cuti bersalin dengan elaun selama 60 hari berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan, kemudahan baharu itu diberi sekali sepanjang tempoh kontrak lantikan semasa.

 Katanya, perkara itu dilaksanakan selepas peraturan KAFA Tahun 2022 ditambah baik dengan memasukkan perkara 42.1  (a) (iv).

 Sehubungan itu, Jakim berkata, perkara berkenaan sudah dimaklumkan kepada semua agensi pelaksana KAFA di negeri-negeri melalui surat siaran bertarikh 9 Februari lalu. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya