Golfer Dock tawar servis terbaik

Golfer Dock tawar servis terbaik

RASSHI Mahmud membaiki dan menyiapkan iron mengikut kesesuaian pelanggannya di Golfers Dock,i Taman Dagang, Ampang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semenjak berakhirnya tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) terdapat pendatang-pendatang baharu di dalam arena sukan golf yang memeriahkan lagi gelanggang sukan tersebut.

Sukan golf yang kelihatan berjaya membuka pintu bagi pemain-pemain untuk menghilangkan tekanan ekoran pekerjaan atau kehidupan sosial turut dikatakan tidak mempunyai risiko tinggi bagi pemain untuk tercedera berbanding sukan lain.

Kajian mendedahkan sukan tersebut bukan sahaja membantu dalam membakar kalori badan tetapi ia juga membantu meningkatkan kesihatan jantung pemain sekali gus mengurangkan risiko dijangkiti penyakit seperti kencing manis, tekanan darah dan strok.

“Di Golfers Dock, kami pastikan set golf mengikut keselesaan pemain sendiri.” – Rasshi Mahmud

Maka tidak hairan, selain sukan berbasikal yang kini melonjak naik menjadi trend semasa, sukan golf juga dilihat semakin berkembang hingga menarik anak-anak muda mendekatkan jiwa mereka terhadap sukan tersebut.

Kerancakan aktiviti sukan golf membuka jalan kembali buat pengusaha seperti Mohamed Rasshi Mahmud meneruskan perniagaan menjual peralatan golf dan turut menawarkan servis terbaik bagi pemain yang ingin mendapatkan set golf yang bersesuaian di kedainya, Golfers Dock di Taman Dagang, Ampang.

Nama Rasshi tidak asing bagi kaki-kaki golf apabila beliau tidak kedekut memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada pemain-pemain untuk memilih set golf yang sesuai dengan mereka khususnya pendatang baru, apatah lagi di Golfer Dock segalanya lengkap dengan peralatan.

Permulaan perniagaanya bermula dengan detik hitam kepada apabila ditipu oleh rakan niaga yang menarik diri secara tiba-tiba hingga terpaksa menggunakan modal sendiri bagi meneruskan perjalanan usahawannya.

RASSHI Mahmud sedang memperbetulkan iron milik pelanggan yang dihantar ke kedainya.

Bermula dari hobi kemudian menjadi sumber pendapatannya, Rasshi terus menjalankan perniagaan sejak tahun 2013 walaupun ditekan oleh penutupan ekonomi sejak PKP ekoran penularan Covid-19.

“Apabila PKP melanda negara, ia bagai tamparan hebat buat saya. Saya terpaksa kurangkan perbelanjaan daripada pelbagai sudut, akan tetapi saya bernasib baik kerana pada masa kini kita ada sosial media jadi saya melakukan aktiviti pemasaran di platform itu.

“Dengan izin Allah, perniagaan saya semakin hari menjadi lancar dan kepayahan yang dahulunya dirasai kini berbaloi apabila ramai mengenali Golfers Dock serta menjadi pelanggan tetap kami,” katanya semasa ditemui oleh Utusan Malaysia.

Rasshi yang menimba ilmu dan baik pulih peralatan golf di Jepun berkata, dengan modal awal kira-kira RM6,000 sebagai deposit kedai, kini beliau ingin cuba melebarkan sayapnya untuk membuka ‘driving range’ pada masa akan datang bagi mengukuhkan perniagaan.

GOLFER Dock turut menyediakan tempat latihan pukulan yang dilengkapi dengan peralatan moden.

“Selain daripada menawarkan peralatan golf berkualiti tinggi, kami juga mengalu-alukan pemain-pemain sukan golf untuk datang ke kedai bagi mendapatkan pengiraan spek iron yang sesuai dengan masalah-masalah mereka. Saya berbesar hati untuk berkongsi ilmu.

“Di Golfers Dock, kami pastikan set golf mengikut keselesaan pemain sendiri. Jika pukulan pemain ke sebelah kiri, kami boleh buat pemain dapat memukul ke arah kanan. Jika pemain beli yang sudah siap ia akan membuat pemain tidak selesa lalu mengalami kecederaan,” jelasnya.

Bagi kaki-kaki golf yang ingin mendapatkan perkhidmatan Golfer Dock, boleh dilayari FB – Rasshi Mahmud; FB page – golfers dock; IG-Golfers dock atau hubungi Rasshi di talian +6017-2326678. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya