Gaji minimum: Kerajaan jangan hirau gesaan MEF - Utusan Malaysia

Gaji minimum: Kerajaan jangan hirau gesaan MEF

HISHAMUDDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa kerajaan selaku pembuat polisi membuat dasar tidak memihak kepada kumpulan kapitalis tanpa mengabaikan kepentingan kumpulan pekerja yang lebih besar. 

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kesan polisi yang memihak kepada kumpulan itu akan menyebabkan melebarnya jurang ekonomi antara kumpulan yang kaya dan miskin apabila dasar hendaklah mengimbangkan antara jurang yang berlaku.

Katanya lagi, kenyataan dibuat oleh Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) bahawa menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 akan menjejaskan proses pemulihan ekonomi dan hendaklah dilihat daripada sudut pandang yang berbeza. 

“Kenaikkan gaji minimum kepada RM1,500 ini adalah suatu kenaikkan yang munasabah, yang dijangkakan dan tidak terlalu tinggi. Walaupun hakikatnya kenaikkan gaji minimum yang lebih tinggi adalah diharapkan dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat. 

“Ini dapat dilihat dengan kenaikkan harga barang keperluan yang saban hari semakin tinggi. Kesan daripada kegagalan untuk menetapkan gaji minimum yang sewajarnya dan munasabah bagi rakyat tempatan akan memberi kesan buruk yang sangat besar kepada rakyat tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, MEF menegaskan situasi ketika ini bukanlah masa yang sesuai untuk meningkatkan kos menjalankan perniagaan dengan cadangan pelaksanaan gaji minimum baharu RM1,500 yang menjejaskan pemulihan ekonomi.

Dalam pada itu, Hishamuddin berkata, pihaknya komited untuk menggesa kerajaan untuk menaikkan gaji minimum ke tahap yang lebih tinggi daripada RM1,500 dengan mengambil kira faktor peningkatan kos sara hidup pada ketika ini.

Jelas beliau, walau bagaimanapun, usaha kerajaan untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 pada ketika ini amat disokong penuh oleh pihak MHO. 

“Ini kerana dengan gaji minimum RM1,500 akan memberikan kuasa membeli yang lebih besar kepada rakyat tempatan untuk berbelanja dan dalam masa yang sama dapat memacu pertumbuhan ekonomi dengan lebih baik dan pesat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya