Gajah lawan gajah, jadi pilihlah Pejuang - Zaini Abu Bakar - Utusan Malaysia

Gajah lawan gajah, jadi pilihlah Pejuang – Zaini Abu Bakar

ZAINI ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) percaya pihaknya mempunyai peluang untuk mencatatkan prestasi memberangsangkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini walaupun dilihat sebagai parti politik blok ketiga.

Ahli Majlis Kepemimpinan Negeri Pejuang Johor, Dr. Zaini Abu Bakar berkata, menjadi parti politik daripada blok ketiga bukan satu masalah sebaliknya ia turut mempunyai kelebihan tersendiri berbanding gabungan parti politik lebih besar.

Menurutnya, hal itu kerana ‘mood’ pengundi khususnya menjelang PRN Johor ini dilihat masih berbelah bahagi untuk memilih wakil rakyat dan parti politik mana.

“Betul, Pejuang memang sebuah parti politik bahar  tetapi kita perlu ingat pengasasnya adalah negarawan yang kini berusia 97 tahun iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau adalah individu yang tidak perlu diperkenal lagi dan diketahui mempunyai pengalaman luas.

“Dalam PRN Johor ini, Pejuang bertanding sebanyak 42 kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), positifnya daripada 42 kerusi itu jika pengundi masih keliru, mereka boleh pilih Tun, pilih Pejuang. Ini kerana mereka keliru hendak pilih yang mana apabila gajah sama gajah berlawan, jadi pilih kita (Pejuang),” katanya ketika ditemui pemberita di pejabat Pejuang Johor, di sini hari ini.

Tambah Dr. Zaini yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, sehubungan itu Pejuang perlu memasang strategi dengan baik bagi membolehkan parti itu memenangi kesemua 42 kerusi DUN yang ditandingi.

“Pejuang mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak dimiliki mana-mana parti politik lain iaitu ia lebih stabil dan berprinsip kerana dinaungi individu yang diiktiraf di seluruh dunia. Jenama Tun Dr. Mahathir masih lagi relevan dalam kalangan masyarakat negara ini dan kita yakin beliau masih mempunyai sokongan tinggi dalam kalangan generasi muda atau yang lebih berusia.

“Pengalaman beliau mentadbir negara ini selama 22 tahun, menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara membangun dan dikenali bukan sahaja di rantau ini tetapi seluruh dunia akan memberi manfaat kepada Pejuang,” ujarnya.

Semalam, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata,  parti itu akan bertanding secara solo dan bakal meletakkan calon di 42 kerusi DUN Johor yang mempunyai jumlah pengundi Melayu melebihi daripada 50 peratus penduduk. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya