Gabriel bantu Arsenal tamatkan kemarau kemenangan - Utusan Malaysia

Gabriel bantu Arsenal tamatkan kemarau kemenangan

Pemain Arsenal, Gabriel menjaringkan gol tunggal ketika menentang Wolves pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Molineux.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Gol tunggal Gabriel menghadiahkan kemenangan pertama buat Arsenal selepas enam aksi tanpa menang membabitkan semua kejohanan.

Jaringan pada minit ke-25 pemain dari Brazil itu menyaksikan The Gunners menewaskan Wolves 1-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux, awal pagi tadi.

Wolves hampir menyamakan kedudukan menerusi percubaan pemain gantian, Chiquinho gagal menggegar gawang pasukan pelawat.

Tuan rumah sekali lagi menguji penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale namun percubaan Daniel Podence berjaya dinafikannya sekali gus menggagalkan hasrat Wolves meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam liga.

Memasuki minit ke-69 Gunners terpaksa beraksi 10 pemain selepas Gabriel Martinelli dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Michael Oliver namun Arsenal tetap pulang dengan tiga mata berharga.

Kemenangan itu, melonjak Arsenal ke tangga kelima dengan 39 mata daripada 22 perlawanan manakala Wolves kekal di tangga kelapan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya