Felda Tersang 1, 2 dan 3 sekali lagi kena PKPD akibat kluster komuniti - Utusan Malaysia

Felda Tersang 1, 2 dan 3 sekali lagi kena PKPD akibat kluster komuniti

FELDA Tersang 1, 2 dan 3 sekali lagi dilaksanakan PKPD susulan kluster komuniti diumumkan pada 30 Januari lalu. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiga skim tanah Persekutuan di Pahang sekali lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula serentak esok sehingga 15 Februari depan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, lokaliti tersebut ialah Felda Tersang 1, 2 dan 3 dalam Mukim Batu Talam di Daerah Raub dan pelaksanaan PKPD itu melalui penilaian risiko serta trend jangkitan wabak Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan susulan Kluster Amalina Perdana Tersang Tiga.

Kluster komuniti itu diumumkan pada 30 Januari lalu bermula dengan 10 kes sebelum melonjak drastik kepada jumlah kumulatif 28 kes apabila bertambah 17 kes baharu semalam.

Tiga skim tanah tersebut yang mengandungi lebih 3,000 penduduk itu pernah dikenakan PKPD pada 28 Mei 2021 sebelum dilanjutkan lagi sehingga 24 Jun tahun lepas.

Ketika itu, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang merekodkan sejumlah lebih 20 kes positif daripada 525 ujian saringan yang dilaksanakan ke atas kontak rapat di tiga Felda tersebut.

Rodzi turut mengumumkan PKPD di Kampung Batu Talam dalam daerah sama yang telah dilaksanakan pada 19 Januari lalu, ditamatkan hari ini seperti dijadualkan MKN.

Setakat semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan situasi di lokaliti itu terkawal dengan cuma terdapat lapan kes ekoran Kluster Kampung Batu Talam diumumkan 15 Januari lalu.

Sehubungan itu, ketika ini hanya ada tiga lokaliti yang masih lagi dikenakan PKPD dengan kesemuanya terletak di Pahang antaranya Ladang Felda Kechau 6 dan 9 dalam Daerah Lipis dan dua lagi lokaliti melibatkan Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah di Rompin dan Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan di Bentong yang disebabkan hasil penularan kluster pendidikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya