Dadah di Felda: 57 penagih, pengedar ditangkap  - Utusan Malaysia

Dadah di Felda: 57 penagih, pengedar ditangkap 

SEBAHAGIAN penagih dan pengedar dadah yang ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Bahagian Narkotik IPD Jempol di beberapa buah kawasan Felda pada 23 hingga 25 Februari lalu.-GAMBAR/IPD JEMPOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seramai 57  pengedar dan penagih dadah ditangkap dalam Op Tapis Khas dijalankan Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di beberapa buah kawasan Felda di sini pada 23 Februari hingga 25 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, operasi di Felda Palong, Felda Lui Selatan dan Felda Pasoh dilakukan kerana tanah rancangan itu dikesan menjadi tumpuan pengedaran serta penagihan dadah.

“Hasil Op Tapis Khas yang dijalankan selama tiga hari,  berjaya membuat tangkapan seramai 57 orang berumur 21 tahun hingga 58 tahun yang terdiri daripada ‘tokan’ dan penagih. 

“Kesemua tangkapan diambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, Seksyen 39B, Seksyen 39A(2), Seksyen 12(3), Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan ke atas tangkapan mendapati ada dalam kalangan penagih adalah penagih yang di senaraikan sebagai orang yang dikehendaki.

“Hasil pemeriksaan ke atas tangkapan, pihak polis telah berjaya merampas pelbagai jenis dadah iaitu heroin, syabu, codein dan air ketum jumlah anggaran keseluruhan rampasan dadah adalah bernilai RM11,466.50.,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya