Farmasi pandu lalu pertama ada di Kota Bharu - Utusan Malaysia

Farmasi pandu lalu pertama ada di Kota Bharu

FARMASI Superbig Kubang Kerian di Kota Bharu menjadi yang pertama seumpamanya di negara ini memperkenalkan konsep pandu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Farmasi Superbig Kubang Kerian, di sini, menjadi yang pertama seumpamanya di negara ini memperkenalkan konsep pandu lalu bagi meningkatkan perkhidmatan sekali gus menjimatkan masa.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) Amrahi Buang berkata, kaunter pengambilan ubat secara pandu lalu adalah alternatif terbaik yang perlu diakses ketika penularan Covid-19.

AMRAHI BUANG

Menurutnya, pelanggan akan berada di dalam kenderaan ketika membeli ubat-ubatan sekali gus mengasingkan diri dari kelompok orang ramai.

“Mereka hanya perlu memesan ubat-ubatan melalui kaunter pandu lalu di mana secara tidak langsung membantu mengurangkan risiko penularan pandemik Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri pelancaran Farmasi Komuniti Pandu Lalu Pertama Malaysia oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Datuk Mumtaz Md. Nawi.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Superbig Capital Berhad, Dr. Wan Sazrina Wan Zaid.

Untuk rekod, sehingga kini terdapat 22,000 ahli farmasi di seluruh negara yang berdaftar dengan MPS termasuk 4,000 ahli farmasi komuniti.

Sementara itu, Dr. Wan Sazrina berkata, kaunter pandu lalu farmasi itu mampu mengurangkan kapasiti orang ramai di kaunter farmasi hospital.

“Dalam keadaan sekarang, pelanggan lebih cenderung mengunjungi farmasi bagi mendapatkan bekalan ubat-ubatan serta vitamin bagi mengelak bersesak di hospital dan klinik,” katanya. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya