FAM umum pembantu Pan-Gon Selasa atau Rabu - Utusan Malaysia

FAM umum pembantu Pan-Gon Selasa atau Rabu

PRESIDEN FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (lima dari kiri) bergambar bersama ahli jawatankuasa KOPA selepas perasmian padang Kopa Arena USM, Bayan Lepas.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Persoalan siapa bakal menjadi pembantu ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon akan diketahui minggu depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, nama pembantu jurulatih tempatan berkenaan akan diumumkan pada Selasa atau Rabu ini.

“Insya-Allah, pada hari Selasa atau Rabu ini akan diumumkan nama pembantu jurulatih tempatan itu.

“Pemilihan dibuat Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell dan Pan Gon.Mereka ini adalah individu dalam FAM, jadi pemilihan mereka adalah keputusan FAM,” katanya kepada media selepas merasmikan Padang Kopa Arena Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Antara jurulatih tempatan yang berminat bagi menjadi pembantu kepada Pan Gon adalah bekas pengendali Kedah Darul Aman dan Kelantan, Azraai Khor Abdullah, bekas ketua jurulatih Melaka United dan Selangor, Zainal Abidin Hassan, jurulatih Sarawak United, E Elavarasan, Wan Rohaimi Wan Ismail, Firdaus Tan Abdul Aziz, Wan Mustafa Wan Ismail dan Ismail Ibrahim.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya