Enam pusat hiburan kena kompaun RM139,000 

Enam pusat hiburan kena kompaun RM139,000 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enam pusat hiburan sekitar ibu negara dikenakan kompaun berjumlah RM139,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 4 Februari lalu hingga semalam.

Kompaun berkenaan dikeluarkan kepada pusat hiburan itu selepas mendapati mereka melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) PPN 2021.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, selain pengunjung, enam pemilik premis turut dikenakan kompaun yang berjumlah RM6,000, dengan keseluruhan kompaun sepanjang tempoh itu adalah RM45,000.

“Sebanyak 280 kompaun bernilai RM280,000 ke atas pemilik dan pengunjung pusat hiburan yang gagal mematuhi SOP Covid-19 bagi tempoh 1 Januari lalu hingga semalam.

“Operasi seperti ini akan terus dipertingkat dari semasa ke semasa dalam usaha membantu kerajaan dalam mengawal penularan wabak Covid-19 demi kesejahteraan masyarakat bersama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya