Empat babi hutan Kampung Kelongkong tumbang

Empat babi hutan Kampung Kelongkong tumbang

SALAH seekor babi yang ditembak mati anggota Perhilitan di Tanjung Kling, Melaka. - FOTO/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Selepas hampir 11 hari memburu babi hutan yang mengganggu penduduk Kampung Kelongkong, Tanjung Kling dekat sini, akhirnya empat ekor haiwan itu tumbang dalam operasi dilakukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Kling, Khairulazni Baharuddin berkata, haiwan liar tersebut berjaya ditembak di kawasan hutan berhadapan Masjid Tanjung Kling oleh dua anggota Perhilitan bersenjatakan senapang patah.

Menurutnya, beliau terus memaklumkan kepada Perhilitan selepas penduduk kampung ternampak sekumpulan babi hutan berkeliaran di kawasan itu.

Katanya, bertindak daripada maklumat itu, dua anggota tiba kira-kira pukul 5.30 petang dan mula memasuki hutan 30 minit kemudian.

“Haiwan pertama berjaya ditembak kira-kira pukul 7.15 malam serta disusuli tiga ekor lagi tumbang sehingga pukul 8.30 malam.

“Usaha menjejaki saki baki gagal hingga operasi ditamatkan kira-kira pukul 11.30 malam,” katanya ketika ditemui pemberita malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi turut hadir selepas dimaklumkan kejayaan menembak mati empat ekor haiwan berkenaan.

Khairulazni menambah, Perhilitan akan terus menjalankan operasi untuk menghapuskan kesemua babi hutan yang masih berkeliaran.

Dalam kejadian 25 Januari lalu, penduduk di Kampung Kelongkong gempar apabila sekumpulan babi hutan memasuki kawasan kampung mengejar kanak-kanak yang bermain di luar rumah dan penunggang motosikal.

Malah haiwan liar itu turut memusnahkan tanaman pisang, nanas dan pokok ubi, selain merosakkan pagar kebun penduduk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya