Elak guna perkhidmatan perubatan estetik meragukan - Utusan Malaysia

Elak guna perkhidmatan perubatan estetik meragukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Orang ramai perlu mengelak daripada mendapatkan perkhidmatan perubatan estetik terutama prosedur-prosedur invasif yang ditawarkan di rumah, hotel, spa, salun kecantikan atau premis meragukan.

Hal ini kerana prosedur-prosedur itu berpotensi menyebabkan komplikasi kesihatan, kecacatan serta kematian kepada pelanggan jika dikendalikan oleh individu tidak berkelayakan.

Pengarah Bahagian Amalan Kementerian Kesihatan, Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, prosedur perubatan estetik juga mempunyai senarai kontraindikasi yang hanya boleh dikenal pasti oleh pengamal perubatan.

Menurutnya, sehubungan itu, perkhidmatan perubatan estetik hanya boleh diberikan pengamal perubatan berdaftar bertauliah di premis berdaftar atau dilesenkan di bawah Kementerian Kesihatan.

“Hanya pengamal perubatan berdaftar ditauliahkan dengan Letter of Credentialing & Privileging of Aesthetic Medical Practice (LCP) dibenarkan menjalankan prosedur-prosedur perubatan estetik. 

“Ia melibatkan seperti pembedahan plastik (termasuk rhinoplasty, alarplasty, liposuction, kelopak mata blepharoplasty dan sebagainya), suntikan Botox dan Filler, Laser, High Intensity Focused Ultrasound (HIFU) dan lain-lain lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengamal perubatan yang ditauliahkan LCP ini disenaraikan di dalam Daftar Kebangsaan (National Registry of Registered Medical Practitioner Practising Aesthetic Medical Practice) yang boleh dicapai melalui https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2118. 

Tegasnya, semua pengamal perubatan berdaftar itu hanya dibenarkan memberi perkhidmatan perubatan estetik di premis berdaftar atau dilesenkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586], manakala senarai premis boleh disemak melalui www.medicalprac.moh.gov.my.

Sementara itu, Dr. Mohd. Azman berkata, Kementerian Kesihatan akan terus memantau dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan ke atas individu yang melakukan kesalahan undang-undang dalam perkhidmatan kesihatan dengan kerjasama agensi kerajaan lain seperti Majlis Perubatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan sebagainya.

Katanya, sebarang aduan berkenaan perkhidmatan perubatan estetik boleh disalurkan kepada [email protected] atau [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya