Dua pengedar dadah di Taiping ditahan - Utusan Malaysia

Dua pengedar dadah di Taiping ditahan

MIOR Faridalatrash Wahid (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas daripada dua lelaki yang ditahan Khamis lalu dalam sidang akhbar di IPD Taiping hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Polis menahan dua lelaki yang aktif melakukan pengedaran dadah di sekitar Taiping di Medan Perwira Kamunting di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, suspek masing-masing berusia 24 dan 29 tahun ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada pukul 9.30 malam.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap suspek pertama yang juga seorang penganggur menemukan enam bungkusan plastik dadah jenis heroin dengan anggaran berat 2,750.31 gram dan satu bungkusan plastik dadah jenis syabu dengan anggaran berat 256.89 gram.

“Susulan penahanan suspek pertama, polis menahan suspek kedua yang bekerja sebagai pemandu lori di dalam sebuah kereta di hadapan premis di lokasi yang sama.

“Kedua-dua suspek dipercayai terlibat secara aktif dalam pengedaran dadah secara bersama di  kawasan ini. Kedua -dua suspek ini dipercayai bergiat aktif semenjak tiga bulan lalu di kawasan ini dan ujian saringan air kencing ke atas mereka juga didapati positif dadah.

“Hasil semakan, suspek pertama mempunyai dua rekod lampau dan suspek kedua mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua suspek direman tujuh mulai 11 hingga 17 Febuari dan nilai keseluruhan dadah yang dirampas berjumlah RM121,939.

Menurutnya, polis turut menyita dua utas rantai emas, sebuah kereta, sebuah motosikal dan dua buah telefon bimbit dengan nilai barang sitaan keseluruhan berjumlah RM45,434.

“Dadah yang dirampas ini boleh digunakan lebih kurang 10,000 penagih. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya