Dua beradik antara kanak-kanak terawal terima vaksin di Pulau Pinang 

Dua beradik antara kanak-kanak terawal terima vaksin di Pulau Pinang 

DUA beradik G. Shivvaen dan adiknya, G. Dharvinn menjadi antara kanak-kanak terawal di Pulau Pinang yang menerima vaksin Covid-19. - FOTO/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Hari ini menjadi sejarah bermakna buat dua beradik G. Shivvaen,10, dan adiknya, G. Dharvinn, 5, apabila menjadi antara kanak-kanak terawal di Pulau Pinang yang menerima vaksin Covid-19.

Mereka yang diiringi ibu, M. Malini, 39, menyelesaikan proses suntikan vaksin  berkenaan  di Dewan Sri Puteri, Jalan Residensi, di sini kira-kira pukul 11.10 pagi.

Shivvaen yang merupakan murid di Sekolah Antarabangsa Wesley Methodist di sini mengakui gembira kerana telah berjaya mendapatkan vaksin Covid-19.

“Saya tidak sabar untuk menjalani kehidupan normal bersama rakan-rakan selepas ini. Ketika disuntik saya tidak rasa sakit langsung dan prosesnya amat pantas untuk saya dan adik,” katanya ketika ditemui di Dewan Sri Puteri, Jalan Residensi, di sini hari ini.

Suntikan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak yang berusia lima sehingga 11 tahun bermula bulan ini, sejurus selepas ketibaan vaksin Pfizer (kanak-kanak) 31 Januari lalu.

Bagi peringkat Pulau Pinang, program  Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun bermula hari ini.

Sementara itu, Malini yang merupakan doktor kanak-kanak di Hospital Pulau Pinang (HPP) berkata, kedua-dua anaknya itu secara sukarela mahu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

“Sejak dahulu anak sulung saya, Shivvaen selalu tanya bila giliran kanak-kanak pada usia dia akan terima vaksin Covid-19. Apabila dia mendapat tahu program vaksin bagi kanak-kanak telah bermula, dia secara sukarela menawarkan diri menerima vaksin berkenaan kerana mahu lebih perlindungan untuk diri sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya