PETALING JAYA: Ahli perniagaan serta aktivis, Datin Dian Lee Cheng Ling, 38, antara yang membarisi Jawatankuasa Pusat Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) selepas dilancarkan secara rasmi, semalam.
Bagaimanapun, ibu kepada tiga anak itu tidak mahu karier politiknya yang baru bermula dibayangi aura bapanya, Tan Sri Lee Kim Yew, seorang taikun hartanah.
Ini berikutan beliau Dian Lee tidak kisah untuk bermula dari bawah dan mempelajari selok-belok arena politik bagi membina namanya yang belum dikenali.
Berdasarkan perkongsian laman rasmi parti itu di hantaran Twitter semalam, barisan jawatan kuasa Pusat itu terdiri daripada berbilang bangsa dan agama daripada pelbagai latar belakang serta pengalaman.
Bekas Setiausaha Agung, Amir Abd. Hadi, seorang aktivis anak muda, Nurul Rifayah dan Naib Presidennya sebelum ini, Lim Wei Jiet antara 13 Jawatankuasa Pusat parti itu.
Selain barisan pimpinan Jawatankuasa Pusat itu, pimpinan tertinggi parti itu juga merangkumi Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Penerangan dan Ketua Turus.
Parti Muda juga mempunyai barisan pengerusi setiap negeri yang turut merangkumi seluruh negeri di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak. –UTUSAN.
Pimpinan Tertinggi Muda
Presiden
Syed Saddiq
Naib Presiden
-Dr. Thanussha Francis Xavier
-Dr. Teo Lee Ken
-Radzi Tajuddin,
-Shahrizal Denci
Setiausaha Agung
Amira Aisya Abd Aziz
Bendahari Agung
Tarmizi Anuwar
Ketua Penerangan
Luqman Long
Ketua Turus
Shairy Hanapiah
Barisan Jawatankuasa Pusat
-Amir Hadi
-Beatrice Chin
-Dr Mathen Nair
-Ismail Nasaruddin
-Lim Wei Jiet
-Nurul Rifayah
-Dian Lee Cheng Ling
-Khairi Zulfadhli
-Mifzal Mohammed
-Warence Mudin
-Afigah Zulkifli
-Ainie Haziqah
-Aisyah Hanah
Barisan Pengerusi Negeri
Perak
Mutalib Uthman
Kedah
Faqrul Asyraf
Pulau Pinang
Jazz Tan
Kelantan
Badzlan Bakar
Terengganu
Asyrul Malek
Wilayah Persekutuan
Taufiq Zarak
Johor
Mod Azrol
Melaka
Yosh Wong
Negeri Sembilan
Enc Low
Selangor
Al Hafiz Ikhwan
Pahang
Malai Manimaharan
Wilayah Sabah
Amos Thien
Wilayah Sarawak
Jeffery Ngui