bekerjasama cegah denggi

PPAM Pudina anjur gotong-royong cegah denggi

SEBAHAGIAN peserta program gotong-royong di PPAM Pudina, Presint 17, Putrajaya semalam. – Foto ihsan SWCorp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Puluhan penduduk Blok F di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Pudina, Presint 17 di sini menyertai program gotong-royong kebersihan khususnya bagi pencegahan penularan penyakit demam denggi dalam kalangan penduduk.

Menurut kenyataan SWCorp, acara yang disertai oleh 40 orang itu bertujuan membangkitkan sikap kerjasama yang erat terutama dalam menjayakan pelaksanaan program Berani Ubah melibatkan Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Kempen berkenaan ujarnya, dijangka menjadikan PPAM Pudina sebagai lokasi pertama di Wilayah Persekutuan dan juga Malaysia yang merintis amalan kebersihan secara bersepadu itu melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan serta Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB).

Langkah itu juga susulan pertemuan SWCorp Wilayah Persekutuan dengan JMB PPAM tersebut pada 25 Januari lalu bagi memperkasakan usaha pengasingan sisa pepejal terus di punca.

Pengarahnya, Ummi Kalthum Shuib turut hadir meninjau sendiri situasi rumah sampah dan bertemu wakil JMB dengan disertai Pengurus SWCorp, Putrajaya, Muhammad Hariz Hafizuddin.

Pelaksanaan rancangan Berani Ubah itu turut menggalakkan kefahaman budaya kitar semula di semua lokaliti kediaman bertingkat dengan mendapat kerjasama Perbadanan Putrajaya.

JMB pula perlu memperbaiki keadaan rumah sampah, menguruskan kelengkapan alat kitar semula dengan lebih berkesan dan menambah baik penglibatan bersama para penghuni PPAM.

PPAM Pudina mula diduduki pada awal 2015 lalu di atas tapak berkeluasan hampir tujuh hektar serta mengandungi 1,500 unit kediaman berstrata dan berjiran dengan PPAM Ketumbar.

Pada 31 Januari lalu, Malaysia merekodkan 26,365 kes demam denggi sepanjang 2021 iaitu penurunan sebanyak 70.8 peratus berbanding 90,304 kes pada tahun sebelumnya, sekali gus menjadi kes terendah sejak sedekad lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata dalam tempoh sama, kematian disebabkan demam denggi juga menurun daripada 145 kematian pada 2020 kepada 20 kematian tahun lalu.

“Ini kali pertama Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan kes denggi dan kematian terendah sejak sedekad lalu. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya