Covid-19: Tiada kluster pendidikan di Perak - Utusan Malaysia

Covid-19: Tiada kluster pendidikan di Perak

AHMAD Saidi Mohamad Daud (tiga dari kanan) menerima cenderahati pada Majlis Rewang GPMS Perak di Batu Gajah, Perak,  hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Tiada kluster pendidikan Covid-19 dilaporkan di negeri ini walaupun terdapat beberapa kes positif di institusi pendidikan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, semua institusi pendidikan di negeri ini khususnya sekolah harian sangat menitikberatkan prosedur operasi standard (SOP) pelajar ke sekolah bagi membendung penularan virus tersebut.

Menurutnya, memang ada beberapa kes positif di sekolah tetapi tidak sampai mencetus kluster Covid-19 kerana pelajar yang didapati positif dikuarantin segera.

“Dari aspek pelaporan, kami difahamkan ada pelajar yang disahkan positif tetapi bukan positif di sekolah kerana sebelum memasuki pekarangan sekolah, mereka perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Sebelum pelajar masuk ke sekolah mereka perlu mematuhi SOP seperti memeriksa suhu badan.  Jika didapati suhu badan mereka melebihi 37 darjah celcius, mereka tidak dibenarkan berada di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penutupan Rewang Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri Perak 2022 di Institut GPMS Perak di sini hari ini.

Yang hadir sama Presiden GPMS, Mohd. Alif Anas Md Noor; Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Muhammad Puhaz Saleh dan Pengerusi GPMS Perak, Mohamad Faizal Haramaini.

Ahmad Saidi  berkata, bagi pelajar sekolah berasrama, pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa pelajar dan jika pelajar didapati positif, mereka akan dikuarantin dalam satu bilik khas supaya tidak bercampur dengan pelajar lain.

“Bagi sekolah harian, kebanyakan pelajar sekolah harian didapati positif sebelum masuk je sekolah,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN