Covid -19 Sebanyak 21,315 kes baharu, 99.59 % babitkan kategori 1 dan 2

Covid -19 : Sebanyak 21,315 kes baharu, 99.59 % babitkan kategori 1 dan 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sebanyak 21,315 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara pada hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dr.  Noor Hisham berkata, pertambahan berkenaan menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia ketika ini ialah sebanyak 3,061,550 kes.

Daripada kes harian itu katanya, sebanyak 87 kes atau 0.41 peratus adalah merupakan kategori 3, 4 dan 5.

“Selebihnya 21,228 kes atau 99.59 peratus adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kategori 1 mencatatkan sebanyak 6,200 kes (29.09%), kategori 2 catat 15,028 kes (70.50%), kategori 3 catat 48 kes (0.23%), kategori 4 catat 23 kes (0.11%) dan kategori 5 pula catat 16 kes (0.07%),” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya.

Berdasarkan statistik, jumlah kes harian pada hari ini sedikit meningkat berbanding semalam apabila sebanyak 21,072 kes dicatatkan. –UTUSAN.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya