Covid-19: Jangkitan boleh cecah 22,000 akhir Mac - Utusan Malaysia

Covid-19: Jangkitan boleh cecah 22,000 akhir Mac

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan jangkitan Covid-19 boleh mencecah sehingga 22,000 kes menjelang akhir Mac ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa ini nilai kebolehjangkitan Rt negara semalam mencatatkan 1.20. 

“Oleh itu menjadi tanggungjawab kita mematuhi semua langkah kesihatan dan sosial serta meningkatkan liputan vaksinasi serta dos penggalak untuk mengurangkan jangkitan dan menurunkan nilai Rt kurang daripada satu,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. 

Mengikut pecahan negeri-negeri pula, nilai Rt di Selangor (1.19), Sabah (1.41), Pulau Pinang (1.17), Johor (1.16), Kelantan (1.08), Melaka (1.11), Kuala Lumpur (1.12), Putrajaya (1.29), Negeri Sembilan (1.10), Kedah (1.22), Pahang (1.14), Perak (1.10), Terengganu (1.13), Sarawak (1.17), Perlis (1.49) dan Labuan (15 kes). 

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham sekali lagi mengingatkan bahawa negara belum bebas daripada penularan Covid-19. 

“Yang penting pada kita perlu menjangkakan jumlah kes yang tinggi ini, namun keterukan yang kurang selain kurangnya kemasukan ke hospital dan kurangnya kematian,” katanya. 

 Berdasarkan kes jangkitan harian Covid-19 yang dilaporkan hari ini, negara melepasi angka 10,000 dengan 10,089 kes iaitu meningkat berbanding semalam dengan rekod 9,117 kes. 

Daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 77 kes atau 0.76 peratus kategori tiga, empat dan lima manakala, 10,012 kes atau 99.24 peratus kategori satu dan dua. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya