PETALING JAYA: Malaysia boleh mengikut jejak Britain dan Sweeden untuk menamatkan sekatan Covid-19 sekiranya kadar vaksinasi dan dos penggalak mencapai 80 peratus manakala bilangan kemasukan hospital dan kematian terkawal, meskipun kes direkodkan setiap hari masih tinggi. Bagaimanapun, Covid-19 terus menjadi ancaman jika peratusan vaksinanasi dan penerimaan dos penggalak masih rendah sehingga menyebabkan trend kemasukan hospital dan kematian menunjukkan peningkatan. Sehingga kini, sebanyak 55.2 peratus populasi rakyat dewasa berusia 18 tahun ke atas menerima dos penggalak walaupun semalam merekodkan 20,939 kes Covid-19 dengan 99.44 peratus daripadanya adalah kategori satu dan dua.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya