Covid-19: Belum ada perbincangan penjawat awam BDR

Covid-19: Belum ada perbincangan penjawat awam BDR

MOHD. Zuki Ali (tiga, dari kiri) menyampaikan replika cek dalam Majlis Jalinan Kasih Keluarga Malaysia, Program Khidmat Bakti Masyarakat di Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas di Kuala Terengganu hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan belum membuat perbincangan mengenai keperluan pengoperasian pejabat kerajaan dan penjawat awam secara bekerja dari rumah (BDR) susulan kenaikan kes Covid-19, akhir-akhir ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali bagaimanapun berkata, perkara itu akan diteliti sebelum dirujuk ke Mesyuarat Kuartet Menteri bagi diputuskan.

Kalau BDR diputuskan pihak jawatankuasa, maka kita akan patuh tetapi setakat ini tiada perbincangan ke arah itu.

“Saya rasa yang paling mustahak kesemua 1.4 juta penjawat awam perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengikut apa jua arahan yang diberikan pihak berwajib, InsyaAllah mudah-mudahan kes tidak meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Keluarga Malaysia, Program Khidmat Bakti Masyarakat Bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) di Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas di sini hari ini. 

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menggalakkan pihak majikan meneruskan amalan BDR atau melaksanakan sistem penggiliran kehadiran ke pejabat.

Menurut Khairy, ini adalah usaha bersama bagi mewujudkan persekitaran yang selamat di tempat kerja. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya