City layak awal ke suku akhir - Utusan Malaysia

City layak awal ke suku akhir

BERNARDO Silva berjaya meledak dua gol ketika membantu Manchester City membelasah Sporting Lisbon dalam aksi pusingan pertama 16 terbaik Liga Juara-Juara di laman lawan.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON : Biarpun masih mempunyai satu lagi perlawanan timbal balik di Etihad namun kemenangan besar 5-0 Manchester City ke atas kelab dari Portugal, Sporting Lisbon telah mengesahkan tempat mereka ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Hanya keajaiban sahaja mampu membantu Sporting mengatasi City namun ia adalah perkara yang mustahil untuk menundukkan anak buah Pep Guardiola di laman sendiri pada 9 Mac depan.

Pada aksi di Stadium Jose Alvalade Riyad Mahrez membuka jaringan selepas tujuh minit perlawanan bermula, sebelum Silva meledakkan gol kedua yang menakjubkan hasil sepakan voli pada minit ke-17.

Mahrez kemudiannya membantu Phil Foden menjaringkan gol dan Silva sekali lagi berjaya merembat masuk gol keempat dan kelima City.

“Ia satu persembahan yang sangat bagus. Sejujurnya saya fikir pada separuh masa pertama kami tidak cukup bagus untuk mendahului 4-0.

“Saya orang Portugal, saya dari bandar seberang. Ibu saya Sporting, ayah saya Benfica. Adalah istimewa menjaringkan gol di sini di kampung halaman saya. Saya masih mempunyai tugas untuk dilakukan di Manchester,” kata Silva yang merupakan bekas pemain Benfica.

Sporting berusaha untuk memberi tentangan kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) di ibu negara Portugal itu namun mereka kehilangan rentak sehingga gagal mengekang asakan dilancarkan City.

City belum tewas dalam 13 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan, termasuk 12 kemenangan.

“Perbezaan antara kedua-dua pasukan bukan 5-0 tetapi ketajaman kami. Kami menghukum mereka. Ada beberapa hantaran mudah kami gagal disempurnakan, menentang pasukan hebat Eropah kami akan dihukum.

“Kami mempunyai satu perlawanan lagi untuk berada di suku akhir dan ini apa yang anda mahukan. Pemain-pemain tahu cara saya dan cara kami bekerja untuk tampil lebih baik.

“Saya amat gembira, tetapi jangan salah faham, kami mampu beraksi lebih baik,” ujar Guardiola. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya