Cabaran getir menanti di Uzbekistan

Cabaran getir menanti di Uzbekistan

Uzbekistan
BRAD MALONEY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Cabaran getir menanti skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara menjelang aksi Piala Asia B-23 di Uzbekistan pada 1 hingga 19 Jun nanti apabila berada dalam kumpulan sama dengan juara bertahan Korea Selatan.

Turut bersama skuad Malaysia dalam Kumpulan C adalah naib juara 2018, Vietnam dan Thailand.

Pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney mengakui ia adalah undian yang menarik dan berkata mereka akan menentang Vietnam dan Thailand dua kali dalam masa dua bulan.

“Kami baru sahaja menonton undian, ia menarik kerana Korea Selatan adalah juara bertahan dan ia akan memberi saingan sengit.

“Lebih menarik sebelum saingan Piala Asia bermula, kita dijadualkan menentang Vietnam dan Thailand pada Sukan SEA Hanoi Mei ini (12-23 Mei) dan Piala AFF B-23.

“Semua pasukan dalam kumpulan ini memiliki kekuatan dan keistimewaan masing-masing. Tiada perlawanan yang mudah dan kami perlu membuat persediaan terbaik sebelum memulakan saingan itu,” katanya.

Pencapaian terbaik Malaysia di Piala Asia B-23 adalah pada 2018 iaitu mara ke suku akhir sebelum tewas kepada Korea Selatan 1-2 ketika dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Terdapat 16 pasukan yang menyertai pertandingan itu dengan empat kumpulan terdiri daripada empat pasukan.

Kumpulan A terdiri daripada negara tuan rumah Uzbekistan, Iran, Qatar dan Turkmenistan.

Kumpulan B menyaksikan Australia, Jordan, Iraq dan Kuwait manakala Kumpulan D terdiri daripada Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jepun dan Tajikistan.

Juara dan naib juara kumpulan akan mara ke suku akhir. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya