Bukit Aman siasat kematian orang kena tahan - Utusan Malaysia

Bukit Aman siasat kematian orang kena tahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menyiasat kematian Orang Kena Tahan (OKT) di lokap berpusat di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Pengarah JIPS, Datuk Azri Ahmad berkata, OKT dari Penjara Penor merupakan OKT berusia 38 tahun yang hadir perbicaraan pada 3 Februari bagi Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pada 28 Januari, OKT mengadu sakit dada dan telah dibawa ke Hospital Kuantan untuk menerima rawatan.

“Kemudian pada 2 Februari, pihak hospital memaklumkan bahawa OKT telah meninggal dunia dan sebab kematian akibat tuberkulosis (Tibi),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Azri, siasatan kes kematian itu dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan jabatan itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya