Bot nelayan tempatan diusahakan warga asing ditahan - Utusan Malaysia

Bot nelayan tempatan diusahakan warga asing ditahan

MARITIM Malaysia Pulau Pinang menahan dua bot nelayan tempatan yang dikendalikan warga asing kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di perairan Pulau Jerejak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan dua buah bot nelayan tempatan yang dikendalikan warga asing kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di perairan Pulau Jerejak semalam.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, bot berkenaan ditahan pada kedudukan 0.3 kilometer tenggara Pulau Jerejak, pukul 5.40 petang semalam.

Katanya, semasa rondaan rutin OP PERTIWI semalam, bot ronda Maritim Malaysia mengesan dua bot nelayan tempatan mencurigakan dalam perjalanan ke sangkar ikan Pulau Jerejak.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan empat kru warga Myanmar termasuk tekong berumur antara 25 hingga 35 tahun. Bot kedua pula tiada nombor pendaftaran dan dikendalikan tiga warga Nepal termasuk tekong berusia antara 28 hingga 51 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua bot itu disyaki melakukan pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen, lesen bot telah tamat tempoh, tiada permit menggajikan warga asing serta tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas dan permit yang sah.

“Kedua-dua kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63 dan bot serta kesemua kru ditahan di Jeti Polis Marin Batu Uban untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, kesemua mereka turut menjalani saringan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia menegaskan kepada semua terutama komuniti nelayan termasuk pemilik bot supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang sengaja melanggar undang-undang.

“Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya