Bot karam, nelayan hilang dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Bot karam, nelayan hilang dikhuatiri lemas

ANGGOTA Maritim Malaysia menjalankan operasi Carilamat mangsa bot karam di Pulau Banggi, Kudat. -IHSAN MARITIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang nelayan hilang dikhuatiri lemas setelah bot dinaiki karam dalam kejadian yang berlaku di perairan Sibogo, Pulau Banggi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, bot mangsa ditemukan karam di perairan berkenaan dan mangsa yang dikenali sebagai Rijal Idris, 47, masih belum ditemukan.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) pada pukul 1.45 petang semalam.

Beliau berkata, berdasarkan aduan yang diterima, mangsa dikatakan gagal dihubungi sejak pukul 5 pagi semalam dan lokasi terakhir mangsa dilihat adalah sekitar utara Pulau Malawali.

“Susulan itu, aset-aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kudat serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melaksanakan pencarian awal.

“Bot-bot nelayan yang berada di kawasan berkenaan turut membantu dalam operasi Carilamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, setakat 6.30 petang semalam, mangsa belum ditemukan dan operasi Carilamat diteruskan untuk hari kedua bermula pada pukul 7 pagi tadi.

Turut membantu dalam usaha pencarian iaitu sebuah aset daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Banggi.

Maritim Malaysia memohon kerjasama masyarakat sekitar Kudat khususnya untuk melaporkan sekiranya terdapat maklumat atau menemui sebarang petunjuk bagi membantu operasi Carilamat ini di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya