Bomba periksa tahap keselamatan bangunan terlibat PRN Johor - Utusan Malaysia

Bomba periksa tahap keselamatan bangunan terlibat PRN Johor

YAHAYA Madis (tengah) menyampaikan replika kunci kenderaan pacuan empat roda mengikut zon sempena Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Johor 2022 di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor memastikan semua bangunan dan premis yang diguna pakai sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berada di tahap terbaik.

Pengarahnya, Datuk Yahaya Madis berkata, antara bangunan yang diberi tumpuan adalah tempat penamaan calon, pusat pengundian awal dan pusat penjumlahan undi.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya  belum menerima maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung bangunan yang digunakan sepanjang tempoh PRN berlangsung.

“JBPM juga tidak terkecuali membantu dari aspek keselamatan kebakaran dan mendapat kerjasama SPR bagui memastikan tempat penamaan calon, pusat pengundian awal dan penjumlahan undi nanti berada pada tahap terbaik.

“Kita akan pastikan bangunan dan premis yang akan digunakan itu memenuhi semua aspek keselamatan yang diperlukan antaranya mempunyai laluan kecemasan dan dilengkapi peralatan keselamatan sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran. Segala persediaan ini akan mula dijalankan setelah mendapat maklumat penuh daripada SPR dalam masa terdekat,” katanya menjawab pertanyaan persediaan JBPM Johor menjelang PRN di negeri ini tidak lama lagi. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Johor 2022 di Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor, di Kangkar Tebrau, di sini hari ini. Pada program yang sama, Yahaya turut melancarkan kempen Keselamatan Jalan Raya dan penyerahan kenderaan pacuan empat roda kepada beberapa cawangan jabatan terbabit. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya