Boleh ambil dos penggalak jenis Sinovac secara walk-in mulai Isnin

Boleh ambil dos penggalak jenis Sinovac secara datang terus mulai Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat di seluruh negara kini boleh mendapatkan vaksin Sinovac secara datang terus (walk-in) mulai Isnin ini bagi melengkapkan pengambilan suntikan dos penggalak. 

Menurut ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd., penerima yang mendapatkan suntikan vaksinasi Sinovac bagi dos pertama dan kedua boleh mendapatkan dos penggalak jenis Sinovac di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dibuka pengamal perubatan swasta di luar fasiliti mereka atau PPV Offsite. 

Bagaimanapun, katanya, Kementerian Kesihatan masih mengesyorkan dos penggalak jenis Pfizer untuk penerima Sinovac kerana ia menawarkan tahap perlindungan yang lebih tinggi.

“Seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada 7 Februari lalu, Kementerian Kesihatan akan membenarkan penerima Sinovac untuk dos primer mereka (dos pertama dan kedua) untuk mendapatkan vaksin Sinovac sebagai dos penggalak mereka.

“Berikutan itu, vaksin Sinovac untuk dos penggalak akan tersedia di semua PPV Offsite di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) secara percuma, mulai 14 Februari, Isnin,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Tambah ProtectHealt, mereka yang layak untuk dos penggalak dan ingin mendapatkan vaksin jenis Sinovac boleh menyemak senarai PPV Offsite di laman web www.protecthealth.com.my.

“Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, anda boleh menghubungi kami di 03 8687 2525 atau e-mel [email protected],” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya