'Bo Lawe Staro Demo' bakal bergema di STL

‘Bo Lawe Staro Demo’ bakal bergema di STL

stl
SAINGAN Emas Anuar STL 2021/22 yang sedang berlangsung di Kota Bharu mendapat sambutan cukup luar biasa daripada peminat-peminat sepak takraw negeri tersebut. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Lakoh kaki turun gelangge,
Kito Kelantan Warriors,
Tidok takut ko gu lawe,
Demi Kelantan Warriors

Kito relo putih tule,
Biar ribut panah huje
Kelantan Warriors
Bukan Biasa
Kitakan juara

Itu antara bait-bait lirik yang ditulis dan dinyanyikan sendiri oleh Mohd. Asrulfaizal Kamaruzaman atau Jaha Amareka bagi membangkitan semangat juang barisan pemain Kelantan Warriors yang beraksi dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) ketika ini.

Jaha Amareka idea menghasilkan lirik puitis itu timbul selepas diminta oleh ahli jawatankuasa Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak) yang mahu satu lagu semangat untuk dijadikan sebagai motivasi buat pasukan setiap kali turun ke gelanggang.

Menurutnya, pengunaan loghat Kelantan dilihat sesuai kerana ia mudah difahami dan lebih dekat dengan peminat.

“Sebelum ini saya pernah menulis lirik untuk lagu semangat bola sepak Kelantan iaitu ‘Bo Lawe Staro Demo’. Jadi tidak sudah untuk lagu Kelantan Warriors.

“Cuma saya perlu mencari kata-kata yang sedikit berlainan supaya tidak sama dengan lagu bola sepak,” katannya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Jaha Amareka memberitahu, lima hari tempoh masa diperlukannya untuk melengkapkan keseluruhan lirik tersebut yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Katanya, diharapkan lagu itu mampu menghadirkan gerun kepada pasukan lawan setiap yang berentap dengan Kelantan Warriors pada STL.

“Besar harapan saya untuk melihat Kelantan menjadi salah satu pasukan terkuat dalam saingan sepak takraw di Malaysia pada masa hadapan,” ujarnya.

Setiap kali aksi Kelantan Warriors lagu ini dipasang bagi membangkitkan semangat barisan pemain yang bertarung diatas gelanggang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya