Bekalan ayam, telur kurang hingga hujung Mac

Bekalan ayam, telur kurang hingga hujung Mac

AMEER ALI MYDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekalan ayam dan telur di seluruh negara dijangka terus mengalami kekurangan sehingga hujung bulan depan, meskipun subsidi harga diperkenal kepada penternak sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM).

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, memandangkan subsidi harga untuk ayam dan telur baru sahaja diperkenalkan, penternak memerlukan masa untuk menghasilkan pengeluaran.

“Setakat ini, bekalan ayam dan telur di pasar raya berada pada kapasiti 50 peratus, boleh kata, kalau dulu lapan tan meterik sekarang empat tan metrik sahaja.

“Bukan negeri tertentu sahaja tidak ada bekalan tetapi bekalan kurang untuk satu negara. Kalau ada pun, ayam display yang ada, terhad  dua ekor untuk seorang. Itupun kita takut kalau orang restoran ambil, orang biasa tak dapat,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Mydin Holdings mengakui terkejut apabila terjejas teruk dengan kekurangan bekalan ayam dan telur.

“Dalam tempoh 50 tahun, tak pernah berlaku tak ada bekalan. Biasa kalau ada bencana ke, banjir ke, sehari dua sahaja akan ada bekalan balik, ini kita putus bekalan sudah sebulan,” katanya.

Tambah beliau, walaupun kekurangan bekalan itu ditampung dengan pemberian permit import (AP) ayam bulat dari luar negara, pengambilan bekalan itu juga memerlukan masa.

“Ayam import ini pun perlu masa dua bulan, ada proses kena buat surat, ada proses rundingan, kena hantar duit dan  ini ambil masa,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan bekalan ayam dan telur kembali pulih dalam tempoh sebulan setengah akan datang, susulan subsidi harga bagi membantu penternak yang berhenti sebelum ini kembali menghasilkan pengeluaran.

“Pengeluaran kitaran pertama ayam ambil masa kira-kira dua bulan, jadi bukan hari ini bagi subsidi, esok dapat bekalan ayam.

“Namun, dengan subsidi ini, kami berharap penternak meningkatkan produktiviti, kita jangka sebulan setengah bekalan akan stabil. Insya-Allah, penternak tempatan cukup bekalan ayam, tapi buat masa ini kena tahanlah,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya