Bayi bertali pusat ditinggal dalam bakul dobi - Utusan Malaysia

Bayi bertali pusat ditinggal dalam bakul dobi

KEADAAN bayi perempuan yang dibuang di hadapan sebuah restoran di Taman Mutiara, Batu Berendam, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan ditinggalkan dalam bakul dobi pakaian dalam keadaan masih bernyawa dan bertali pusat di kaki lima di hadapan sebuah restoran di Taman Mutiara, Batu Berendam di sini hari ini.

Bayi tersebut ditemukan seorang wanita berusia 51 tahun yang mendakwa terdengar bunyi tangisan semasa mengutip tin di kawasan berkenaan kira-kira pukul 7 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintenden Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya telah menerima panggilan berhubung insiden kes buang bayi kira-kira pukul 7.15 pagi.

“Sejurus selepas menemukan bayi tersebut, wanita terbabit membawanya ke sebuah klinik berdekatan untuk mendapatkan bantuan menghubungi pihak polis dan ambulans.

“Setiba di lokasi, kita mengesahkan terdapat seorang bayi perempuan dalam keadaan masih bernyawa serta bertali pusat diletakkan di dalam bakul dobi pakaian beralaskan kain batik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, bayi tersebut kemudian dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk diberikan rawatan lanjut.

“Tiada sebarang nota ditinggalkan pada bayi berkenaan dan setakat ini kita percaya dia baru dilahirkan sebelum ditinggalkan di tepi tembok batu di hadapan restoran berkenaan.

“Bayi cukup sifat itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya