Bas terbabas, empat pelajar USIM cedera

Bas terbabas, empat pelajar USIM cedera

SEBUAH bas yang membawa 17 orang pelajar USIM terbabas dan terbalik dalam kejadian di Bandar Baru Nilai, Nilai, Seremban, pagi tadi. - FOTO/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai empat orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) cedera selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian berhampiran sebuah restoran makanan segera di Bandar Baru Nilai, di sini pagi tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan II, Raihan Che Mat berkata, pihaknya mendapat panggilan kejadian pada pukul 7.41 pagi dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

Jelas beliau, bas berkenaan membawa seramai 17 orang pelajar dan dalam perjalanan ke USIM. 

“Setibanya di lokasi kejadian, kami menerima laporan mengenai tumpahan minyak di atas jalan raya berhadapan restoran makanan segera, McDonald’s , Bandar Baru Nilai. Terdapat sebuah bas dipercayai terbabas dan melanggar sebatang pokok kemungkinan akibat tumpahan minyak berkenaan. 

“Terdapat empat orang pelajar cedera di tangan, pergelangan tangan dan ada yang cedera di bahagian tulang belakang. Kesemua pelajar terbabit telah dihantar menggunakan ambulans unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dan ambulans Kementerian Kesihatan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) katanya,” ketika dihubungi hari ini. 

Laporan lanjut mengenai kejadian akan menyusul. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya