Banjir: Pengantin akur tak naik pelamin

Banjir: Pengantin akur tak naik pelamin

ZALEHA Ahmad ditemani keluarganya meredah banjir di pekarangan rumah untuk ke majlis pernikahan di Kampung Matang di Hulu Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Pasangan mempelai akur tidak dapat bersanding di pelamin selepas kediaman pengantin perempuan di Kampung Matang di sini, dinaiki air lebih satu meter.

Zaleha Ahamad, 25, berkata, segala perancangan awal untuk hari bahagianya bertukar sekelip mata termasuk majlis akad nikah yang terpaksa dipindahkan ke masjid berbanding lokasi asal di rumah.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana urusan pernikahan dengan suami, Sayed Khalil Khusairi Tuan Hamzah, 26, berjalan lancar kira-kira pukul 11 pagi ini walaupun tiba lewat.

“Air naik sejak semalam, malah saya turut terpaksa meredah banjir di pekarangan rumah untuk menaiki kenderaan ke Masjid Kampung Matang.

“Majlis perkahwinan sudah dirancang sebulan lalu dan tidak sangka tiba-tiba banjir pula, walaupun tidak dapat bersanding di pelamin tetapi saya lega kerana perkara wajib iaitu akad nikah sudah selesai,” katanya ketika ditemui hari ini.

Zaleha berkata, walaupun banjir namun kira-kira 150 tetamu hadir meraikan majlisnya dengan khemah dialihkan di kawasan jalan bagi memudahkan jemputan menikmati hidangan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya