Aset tanah koperasi di rancangan Felda Pahang 

Aset tanah koperasi di rancangan Felda Pahang 

NAZRI Ngah (depan, tiga dari kiri) mengadakan soal jawab bersama anggota Lembaga Pengarah Koperasi yang mewakili 114 koperasi Felda Negeri Pahang di Dewan Datuk Zaharuddin Abu Kassim Kerdau, Temerloh, Pahang. - FOTO/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAU: Kerajaan negeri mewujudkan peraturan baharu mewajibkan 114 buah koperasi Felda memiliki geran tanah di kawasan tanah rancangan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa, Hal Ehwal Felda, Koperasi, usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada Januari lalu telah meluluskan secara dasar pemilikan tanah koperasi di kawasan Felda di negeri ini.

Menurutnya, ketika ini, 80 buah koperasi berminat menyertainya manakala selebihnya masih dalam perbincangan Ahli Lembaga Koperasi (ALK).

“Pendekatan berstrategik kepemimpinan Pahang di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagi membantu Koperasi Felda dapat meningkatkan pegangan aset dan perolehan koperasi.

“Kerajaan Pahang memberi peluang kepada koperasi untuk menjana pelbagai aktiviti ekonomi yang dapat merapatkan jurang antara bandar dan kawasan bandar kecil,” katanya kepada pemberita selepas program pemutihan dan pemilikan tanah koperasi di kawasan Felda di Dewan Datuk Zaharuddin Abu Kassim, di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Fadzilla Salleh dan Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Tanah Felda, Hasbullah Firdaus Azmir.

Nazri berkata, pemilikan tanah ke atas aset koperasi di rancangan Felda seperti stesen minyak lebih terjamin sekiranya berlaku perkara tidak diingini seperti perubahan tampuk pemerintahan negara.

Menurutnya, pemberian geran tanah kepada koperasi di Felda sebagai cara kerajaan Pahang mendapat pendapatan dalam bentuk cukai tanah.

“Pendekatan pemutihan dan pemilikan tanah turut diperluaskan kepada bangunan awam lain seperti tapak pejabat Felda, klinik, masjid dan bangunan kedai Mara.

“Dengan pemilikan tanah Felda secara langsung kerajaan Pahang dapat membantu dan merangsang pertambahan pendapatan warga Felda dengan menjadikan koperasi sebagai platform perniagaan di Felda,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya