AS, UK kenakan sekatan ekonomi terhadap Rusia - Utusan Malaysia

AS, UK kenakan sekatan ekonomi terhadap Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Britain mengenakan sekatan ekonomi baharu dan ‘menghancurkan’ terhadap Rusia.

Tindakan itu dilakukan ketika AS dan sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) meningkatkan usaha bagi menghalang sebarang pencerobohan terhadap Ukraine.

Kebimbangan terhadap pencerobohan semakin meningkat sejak kebelakangan ini, walaupun Moscow sudah membuat penafian serta rayuan dari Presiden Ukraine untuk mengelak daripada menimbulkan sebarang situasi ‘panik’ terhadap pengumpulan tentera Rusia secara besar-besaran di kawasan sempadan.

Timbalan Setiausaha Negara AS, Victoria Nuland berkata, cadangan mengenai isu keselamatan yang dibentangkan minggu lalu oleh AS dan NATO kepada Rusia berkemungkinan menimbulkan minat di Moscow.

“Kami mendengar beberapa petanda Rusia berminat untuk terlibat dalam cadangan itu,” katanya.

Rundingan baharu berkemungkinan besar akan berlaku minggu ini melibatkan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dengan rakan sejawatannya dari Rusia, Sergei Lavrov.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat, Senator Bob Menendez menegaskan adalah penting bagi AS menghantar mesej jelas kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin sebarang pencerobohan terhadap Ukraine akan melibatkan kos yang sangat tinggi.

Jelasnya, beberapa penalti boleh dikenakan terhadap tindakan Rusia, termasuk serangan siber di Ukraine.

Beliau malah memberitahu ‘sekatan yang berbahaya akhirnya akan menghancurkan Rusia’ sekiranya serangan dilancarkan.

Di London, Menteri Luarnya, Liz Truss berkata, Britain akan mendedahkan undang-undang sekatan minggu depan yang menyasarkan ekonomi Rusia yang lebih luas.

Katanya, sekutu Eropah mesti kekal bersatu dalam menghalang Rusia dan tidak meletakkan ‘isu kewangan segera’ atas pertahanan ‘kebebasan dan demokrasi’.

Penganalisis pula berpandangan pelbagai sekatan yang dikenakan terhadap bank dan institusi kewangan Rusia bukan sahaja akan menjejaskan kehidupan harian di seluruh Rusia, tetapi menjejaskan ekonomi utama di Eropah dan tempat lain.-AFP

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya