Amira Aisya calon Muda kerusi Puteri Wangsa - Utusan Malaysia

Amira Aisya calon Muda kerusi Puteri Wangsa

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman bersama calon Muda, Amira Aisya Abd. Aziz yang akan bertanding di kerusi DUN Puteri Wangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd. Aziz bakal mewakili parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Amira Aisya adalah tulang belakang kepada parti Muda dan layak untuk dinamakan di kawasan yang memiliki 112,804 pengundi.

“Saya harap rakyat khususnya pengundi Puteri Wangsa akan berikan dia peluang untuk memperjuangkan hak rakyat dan penambahbaikan terhadap institusi pendidikan,” katanya ketika mengumumkan calon parti itu dalam satu program yang diadakan di Taman Eco Cascadia.

Sementara itu, Muda dalam kenyataan memaklumkan, pencalonan Amira Aisya selaras dengan usaha parti menampilkan pimpinan muda, aktif dalam politik khidmat serta fokus merangka dasar yang adil dan saksama untuk Johor.

“Muda merakam penghargaan kepada rakan-rakan pimpinan pembangkang yang sentiasa menyokong iltizam politik Muda untuk negara,” jelas kenyataan itu.

Amira Aisya, 27, dilahir dan dibesarkan di Kampung Melayu Majidee di sini, beliau berkelulusan undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu juga aktif dalam pelbagai program kebajikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya